Joe_Anderson.jpg.transformed.jpg

Tiada penerbangan buat penyokong terkandas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

LONDON: Datuk Bandar Liverpool menyatakan percubaannya untuk membawa penyokong bola sepak yang terkandas ke Kiev bagi aksi final Liga Juara Juara berjumpa Real Madrid, gagal selepas dia Tak dapat mencari kru untuk penerbangan sokongan.

“Kami kesal untuk menjelaskan bahawa kami Tak dapat mencari jalan penyelesaian bagi memuaskan hati semua pihak.

“Kita perlu menerima kenyataan bahawa ada sesetengah penyokong yang mempunyai tiket mungkin Tak dapat menyaksikan perlawanan itu.

JOE Anderson

“Kami turut merasai kekecewaan seperti dirasai penyokong yang terjejas akibat insiden ini,” kata Datuk Bandar Joe Anderson dalam satu kenyataan.

Ratusan penyokong dijangka akan terlepas aksi penentuan itu yang berlangsung di Ukraine selepas pengendali Worldchoice Sports membatalkan tiga penerbangan kerana Tak memiliki slot pendaratan mencukupi di Lapangan Terbang Boryspil.

Pada awalnya, Anderson sudah meminta kerjasama daripada Datuk Bandar Kiev yang juga bekas juara heavyweight dunia, Vitali Klitschko bagi mencari penyelesaian kepada mereka yang Akan terlepas perlawanan terbabit.

Dia sudah mengesahkan slot pendaratan gantian dan cuba mencari jalan untuk mendapatkan kapal terbang baharu yang dapat menyediakan penerbangan dari Lapangan Terbang John Lennon.

Dia menjelaskan berjaya mendapatkan kapal terbang namun gagal menemui kru sesuai.

“Kami begitu kecewa terhadap insiden yang perlu ditempuh penyokong setia pasukan ini. Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan syarikat yang terbabit perlu memberi penjelasan berhubung insiden ini,” kata Anderson. – AFP

Tiada penerbangan buat penyokong terkandas

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *