Athirahnembak15-o_1537002059.jpg

Tiga rekod baharu menembak di SUKMA

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

IPOH: Tiga rekod Sukan Malaysia (SUKMA) berjaya dipecahkan pada hari pertama acara menembak membuka tirai di Kompleks Menembak Darul Ridzuan Chepor.

Rekod pertama dihasilkan menerusi acara 10m air rifle wanita, diikuti 10m air rifle berpasukan wanita dan 50m pistol lelaki. 

Penembak Wilayah Persekutuan, Nur Izazi Rosli membuktikan status sebagai penembak kebangsaan Bila mengungguli acara 10m air rifle individu sekali gus mencatatkan rekod baru SUKMA.

Izazi, 18, membedik 623.3 mata untuk emas menewaskan Shalyn Najjihah Muhammad Sharif dari Pahang yang mengumpul 620.7 mata untuk meraih pingat perak dan Nur Fatin Syairah Abdul Latif, di kedudukan pingat gangsa (619.2 mata)

Bagi Izazi, pencapaian di SUKMA Perak ini begitu manis Bila berjaya dapat memperbaiki pencapaian dua tahun lalu Bila sekadar membawa pulang pingat gangsa. 

Dia mengakui statusnya sebagai atlet kebangsaan yang berlatih di bawah bimbingan jurulatih, Sabki Mohd Din dan Park Sang Soong menjadi antara kunci kejayaannya pada saingan hari ini. 

“Saya harap saya dapat mengekalkan emas yang dimenangi hari ini pada SUKMA di Johor nanti. 

“Sokongan keluarga, bantuan daripada jurulatih, pengalaman beraksi di Sukan Asia selain kelengkapan yang cukup dan jadual latihan yang konsisten amat membantu. Terima kasih kepada semua,” katanya yang sudah dua kali beraksi di pentas SUKMA.

Sementara itu, trio Perak turut mencatatkan nama sebagai pemegang rekod baharu kejohanan Bila mengungguli acara 10m air rifle berpasukan wanita, menerusi Nur Fatih Syairah Abdul Latif, Sharifah Noor Ellyana Syed Abdul Hamid dan Nurul Athirah Hazimi. 

AKSI penembak Perak, Nurul Athirah Huzaimi pada acara 10m air rifle Wanita Individu SUKMA 2018 di Kompleks Menembak Darul Ridzuan, Ipoh. – NSTP/Abdullah Yusof

Mereka mengumpul 1828.8 mata untuk menewaskan Pahang (1824.6 mata) yang berada di tempat kedua, manakala Selangor di kedudukan ketiga (1806.4 mata).

Sementara itu penembak Terengganu, Muhammad Qamarul Naim Abu Aziz turut melakar nama sebagai pemegang rekod baru dalam acara 50m pistol lelaki. 

Qamarul melakarkan 541 mata untuk memadam rekod lama milik bersama Jasmi Mohamad Zin dan Muhamad Muthaihir Johari (540 mata) untuk merangkul emas menewaskan penembak Perak, Siau Zianyi (530 mata) dan Muhammad Syafiqrul Firdaus Mohd Husni (517 mata) – masing-masing untuk perak dan gangsa. 

ATLET menembak Terengganu, Muhamad Qamarul Naim Abu Aziz membidik dalam 50m Pistol Lelaki Individu SUKMA 2018 di Kompleks Menembak Darul Ridzuan hari ini. – Bernama

Siau Zianyi berjaya menebus kehampaan dalam acara individu Bila berjaya membantu trio tuan rumah meraih emas dalam acara 50m pistol lelaki berpasukan. 

Trio perak yang dibarisi Siau Zianyi, Muhd Amir Faris Basri dan Ilmi Azri Abdul Razak meraih 1534 mata untuk pingta emas, selepas dikira berdasarkan ketepatan sasaran (x-10) menewaskan Terengganu (1534 mata) dan gangsa milik Johor (1532 mata).

Tiga rekod baharu menembak di SUKMA

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *