f43877bd21f7e90228cffb5500504daf.jpg

Tikam jemaah masjid di London, seorang lelaki ditahan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Dunia | Seorang lelaki ditahan selepas menikam jemaah masjid dalam kejadian di ibu kota London, kata Polis Metropolitan pada Khamis.

Menurut agensi berita Xinhua, polis dimaklumkan mengenai kejadian di masjid dekat Regents Park, London itu kira-kira 3.10 petang (1510 GMT). 

Seorang lelaki, berusia 70-an ditemui cedera namun, keadaannya dilaporkan stabil, kata Polis Metropolitan di Twitter.

Polis masih menjalankan siasatan dan percaya kejadian Tak mempunyai kaitan dengan keganasan.

“Saya sedih dengan insiden serangan itu, kejadian tersebut sepatutnya Tak berlaku, terutamanya di tempat ibadat.

“Semoga mangsa yang terlibat berada dalam keadaan baik,” kata Perdana Menteri Britain Boris Johnson di Twitter sejurus selepas kejadian.

Menurut media tempatan, penyerang sering mengunjungi masjid itu. Dia menikam leher mangsa ketika mangsa berada dalam masjid.

Menurut pejabat perangkaan Britain, sebanyak 15,080 kes serangan membabitkan senjata pisau direkodkan di London untuk tempoh 12 bulan Sampai akhir September lalu.

– Bernama

Tikam jemaah masjid di London, seorang lelaki ditahan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail