tiket19_BHfield_image_listing_featured.var_1571453435.jpg

Tiket palsu disyaki dijual aksi Kedah-Pahang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ALOR SETAR : Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan memperketatkan pemeriksaan di semua pintu masuk Stadium Darul Aman selepas mengesan aktiviti penjualan tiket palsu untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Aman, di sini, malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Jusri Anuar Jamarudin ketika mengesahkan perkembangan itu berkata satu laporan polis dibuat semalam sebaik  berjaya  mengesan aktiviti itu  di Stadium Darul Aman.

Katanya, pihaknya mengesyaki wujudnya sindiket penjualan tiket palsu selepas mendapati wujud beberapa ciri berbeza ada pada tiket palsu berbanding tiket asli dikeluarkan oleh Tickethotline.

Tiket  disyaki palsu itu Adalah bagi kawasan tempat duduk terbuka berharga RM15 yang sudah habis dijual sejak tengah hari semalam.

“Perbezaan antara dua tiket ini Adalah dari segi nombor siri,  kualiti kertas dan percetakan, ciri-ciri keselamatan hologram dan  terlindung yang hanya boleh diamati melalui penelitian rapi.”

“Tiga ciri utama tiket asli  memiliki logo Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di bahagian belakang tiket selain cetakan di atas tiket yang berkualiti  dengan cetakan karbon manakala logo yang digunakan juga terkini berbanding tiket palsu yang masih menggunakan logo unifi untuk Liga Super dan Piala Malaysia.”

“Warna tiket asli juga kelihatan lebih putih berbanding tiket palsu yang agak kebiru-biruan dengan saiz nombor siri juga kelihatan berbeza. Selain itu logo MFL dapat dilihat pada bahgaian belakang tiket asli berbanding tiket palsu yang Tak memaparkan logo berkenaan.”

Dalam pada itu, Media KFA dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengesyaki sindiket ini Adalah dari pihak yang sama melakukan kerja penipuan di venue perlawanan lain sebelum ini.

“Individu yang disyaki dan disiasat ini difahamkan berasal dari Kelantan. Dia melarikan diri selepas disyaki menjual tiket palsu. Kita gagal menangkapnya selepas berjaya melarikan diri dari kawalan pihak petugas keselamatan.”

Sebagai langkah keselamatan, KFA meminta orang ramai memastikan tiket yang mereka beli Adalah asli berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan sebelum melangkah masuk ke stadium malam ini.

“KFA berhak menghalang mana-mana penyokong untuk masuk ke stadium jika didapati memiliki tiket palsu. Jika anda memiliki tiket palsu sila buat laporan polis bagi membanteras sindiket penipuan ini,” kata kenyataan berkenaan.

Stadium Darul Aman.

Tiket palsu disyaki dijual aksi Kedah-Pahang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *