bh12tindak-o_BHfield_image_listing_featured.var_1539325402.jpg

Tindakan jika sembunyi kes buli – TPM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PORT DICKSON: Kerajaan akan mengkaji keperluan menggubal akta baharu terhadap pihak yang menyembunyikan kejadian buli, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menerusi undang-undang itu, pihak yang mengetahui mengenai kejadian buli tetapi Tak melaporkannya kepada pihak berkuasa boleh dikenakan tindakan.

“Semua pihak harus berperanan dan segera melaporkan kejadian buli di sekeliling mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat Pusat Media KKMM di The Grand Beach Resort. – Foto Aswadi Alias

“Jangan ambil sikap sambil lewa kerana kita Tak berkompromi untuk kes buli,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program ‘Malaysia Against Bullies’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata semua pihak perlu bersikap proaktif untuk memastikan gejala buli dapat dibendung dan dihapuskan.

“Selain guru, ibu bapa dan rakan sekolah turut bertanggungjawab melaporkan kes buli, kita perlu mendapatkan laporan supaya tindakan sewajarnya boleh diambil,” katanya.

Dr Wan Azizah turut menggesa ibu bapa memantau anak mereka supaya Tak terbabit dengan gejala buli siber atau menjadi mangsa sedemikian.

Katanya, dunia berteknologi moden ketika ini memerlukan ibu bapa yang seiring pemikirannya dengan keadaan semasa dan mengawasi anak mereka,” katanya.

Tindakan jika sembunyi kes buli – TPM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *