image28329.jpg

TMJ titah Mat Tere dibebaskan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan supaya Muhammad Zul Apis Baharum atau dikenali sebagai Mat Tere dibebaskan dan dihantar pulang ke Kelantan.

Reman terhadap Mat Tere,29 sepatutnya dilanjutkan  selepas dia di tahan pada 8 Februari 2017 kira-kira jam 3.50 petang di hadapan Hotel Habib, Jalan Pendek, Kota Bharu.

Penahanan Mat Tere oleh pihak polis Adalah bagi membantu siasatan terhadap penyebaran  satu rakaman video melalui Facebook yang telah mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Tunku Ismail.

Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak, Johor Darul Ta’zim hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) di sini, petang tadi turut berjumpa dengan Mat Tere.

Baginda percaya Mat Tere  Tak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu  di pihak  atasan untuk agenda politik.

Menerusi Facebook Johor Southern Tigers (JST), Tunku Ismail turut mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan  yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga individu  yang ada niat untuk memecahbelahkan rakyat.

Dalam perkongsian gambar di laman Facebook Rasmi JST, Tunku Ismail turut bergambar dan bersalaman dengan Mat Tere  yang memakai baju lokap polis berwarna oren . Turut kelihatan Adalah, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Zakaria Ahmad.

Terdahulu, rakaman video membabitkan seorang lelaki dipercayai Mat Tere yang telah mengeluarkan kata-kata jelik terhadap telah menjadi viral di media sosial.

Penahanan terhadap Mat Tere juga mengundang pelbagai reaksi orang ramai berikutan keadaannya yang didakwa Adalah ‘insan istimewa’ dan telah dipergunakan oleh pihak Tak bertanggungjawab untuk mengeluarkan jelik terhadap Tunku Ismail.

TMJ titah Mat Tere dibebaskan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *