08zahid2.transformed.jpg

TPM mahu status fizikal semasa bangunan dinilai semula

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BAGAN DATUK: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu badan profesional berkaitan menilai semula status fizikal semasa setiap bangunan seperti pusat tahfiz dan rumah orang tua agar ia selamat diduduki.

Katanya, inisiatif oleh badan profesional seperti Persatuan Juruukur Bangunan Berdaftar Malaysia (RBS) dan Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) penting kerana pemantauan dan penilaian keselamatan perlu dilakukan berterusan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan dapat mengelak kejadian Tak diingini terutama yang mengorbankan nyawa.

“Berikutan kebakaran asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur bulan lalu, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah yang saya pengerusikan.

“Kita sudah bermesyuarat dan meneliti beberapa perkara yang boleh diperbaiki secepat mungkin.

“Ia termasuk memastikan piawaian dan keselamatan setiap pusat tahfiz, rumah anak yatim, sekolah agama, TADIKA, pusat jagaan kanak-kanak serta rumah orang tua dipatuhi,” katanya di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) beramah mesra dengan mangsa kebakaran, M.Illamah 90, (dua kiri) ketika hadir majlis penyerahan kunci rumah baru kepada mangsa kebakaran di tapak rumah baru di Kampung Kamatchy, Bagan Datuk. – Foto NSTP/L. Manimaran

Beliau berucap pada majlis penyerahan kunci rumah kepada 11 keluarga di Kampung Batu 9, Hutan Melintang yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka terbakar 17 November lalu.

Yang hadir sama, Pakar Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin.

Ahmad Zahid yakin RBS dan RISM dapat membantu usaha itu secara efektif dan proaktif bagi mengelak kejadian Tak diingini.

“Tiada nilai ganti bagi kehilangan nyawa, tiada wang ringgit boleh dibayar. Jadi, pencegahan lebih baik daripada merawat dan itu perlu diberikan penekanan,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, bantuan rumah kepada mangsa kebakaran berkenaan membuktikan komitmen kerajaan bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat.

Rumah berkenaan dibina dengan kos keseluruhan RM527,600 dan siap dalam tempoh enam bulan.

Seorang daripada mangsa, P Ragu, 36, ketika ditemui, berkata beliau dan keluarga sangat gembira kerana dapat menyambut Deepavali Tak lama lagi di rumah baharu.

“Saya sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid yang banyak membantu kami menyediakan kediaman baharu selepas rumah kami terbakar tahun lalu.

“Dapatlah kami menyambut Deepavali kali ini dengan lebih bermakna dan gembira,” katanya.

TPM mahu status fizikal semasa bangunan dinilai semula

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *