Ahmad_Zahid_Hamidi223.transformed_0.jpg

TPM rai ibu tunggal, anak yatim

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) bersalaman dengan pelajar-pelajar tahfiz ketika hadir pada Majlis Sumbangan Aidilfitri di Pusat Tahfiz Al-Madrasatul Faridiah, Setapak. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini meraikan lebih 1,300 tetamu terutama daripada golongan ibu tunggal, keluarga miskin serta anak yatim, dalam satu majlis moreh di sini.

Berlangsung di Maahad Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah, di Taman Sri Rampai, Setapak, Timbalan Perdana Menteri juga melancarkan projek pembangunan maahad terbabit.

Maahad terbabit yang memulakan operasi sejak 1986, kini mempunyai 55 pelajar yang mengikuti pengajian al-Quran dan fardhu ain.

Ahmad Zahid ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaan pada tahun lalu sudah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk membangunkan maahad terbabit dan ia diharap dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Katanya, beliau juga sedia membantu untuk mencari peruntukan tambahan berjumlah RM2.5 juta lagi bagi melengkapkan prasarana di maahad terbabit.

“Tahun lepas dia (pihak pengurusan maahad) mintak RM2 juta. Saya dah mintak kepada ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Akan Tetapi ICU rujuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri sudah luluskan.

“Ertinya saya tiada sumbangan. Sumbangan saya cuma memanjangkan sahaja. Akan Tetapi Perdana Menteri yang luluskan. Insya-Allah saya akan ikhtiar tambah RM2.5 juta lagi,” katanya.

TPM rai ibu tunggal, anak yatim

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *