image28629.jpg

Trafik perlahan di lebuh raya utama setakat 5 petang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Aliran trafik di laluan lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas berakhirnya cuti umum sempena Aidilfitri.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata, aliran trafik perlahan di Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Taiping ke Bukit Berapit dan Bidor ke Sungkai berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Trafik juga perlahan dari Ipoh ke Hentian Simpang Pulai, Bukit Tambun ke Sg Bakap serta di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Tapah.

“Selain itu, aliran trafik dari Selatan menuju ke ibu negara juga perlahan iaitu dari ke Tangkak ke Jasin, dan Ayer Keroh ke Simpang Ampat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan tetapi lancar di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong menuju Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Trafik perlahan di lebuh raya utama setakat 5 petang

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *