12ets2_1536751051.jpg

Tren ETS tergelincir, kelewatan 70 minit

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghadapi sedikit kelewatan berikutan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tergelincir di Sungai Besi, di sini, hari ini.

Kejadian tren ETS tergelincir itu dilaporkan berlaku di antara laluan stesen Salak Selatan – stesen Bandar Tasik Selatan kira-kira jam 11.25 pagi.

Kelewatan dilaporkan membabitkan pengguna dari arah laluan KL Sentral ke selatan dan pantai timur serta laluan bertentangan.

Perjalanan Tren ETS EG9420 (Gemas – Padang Besar) tergendala disebabkan mengalami masalah kegelinciran yang berlaku di antara Stesen Salak Selatan dan Stesen Bandar Tasik Selatan. – Foto Zulfadhli Zulkifli

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan semua penumpang tren berkenaan dipindahkan ke tren komuter.

KTMB dalam satu kenyataan melalui laman Twitter memaklumkan purata kelewatan Adalah selama 70 minit.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB : 03-22671200 atau layari Twitter @ktm_berhad untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Bagaimanapun sehingga jam 6.15 petang tadi pihak KTMB masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi dan status terkini mengenai kejadian itu.

Tren ETS tergelincir, kelewatan 70 minit

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *