BH4Trump-o_BHfield_image_listing_featured.var_1591252158.jpg

Trump dituduh cuba memecah belah penduduk Amerika

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

WASHINGTON: Bekas ketua Pentagon, Jim Mattis, semalam menyelar bekas majikannya, Presiden Donald Trump dan menuduh lelaki itu cuba memecah belah penduduk Amerika, selain gagal menampilkan pentadbiran yang matang, susulan bantahan berleluasa di negara itu.

Mattis, yang meletak jawatan pada Disember 2018, berikutan arahan Trump agar tentera Amerika Syarikat (AS) berundur sepenuhnya dari Syria, turut melahirkan sokongan kepada tunjuk perasaan anti perkauman itu.

“Donald Trump ialah presiden pertama dalam sejarah hidup saya yang Tak pernah cuba menyatukan penduduk Amerika, malah langsung Tak mahu mencuba.

“Beliau sebaliknya cuba memecah belahkan kita,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan secara atas talian oleh The Atlantic.

Jeneral Marin itu sebelum ini berkata, Adalah Tak wajar baginya untuk mengkritik seorang presiden yang masih berkuasa.

Jim Mattis. - AFP
Jim Mattis. – AFP

“Kita sedang menyaksikan kesan jelek akibat pemerintahan yang Tak matang selama tiga tahun,” katanya.

Mattis menggambarkan dirinya sebagai marah dan terkejut selepas menyaksikan insiden minggu lalu, Bila Trump mengancam untuk melancarkan operasi ketenteraan seluruh negara, berikutan bantahan yang bertukar ganas di beberapa negara.

Kemarahan itu tercetus menerusi pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd pada 25 Mei lalu oleh seorang anggota polis kulit putih, yang menggunakan lututnya untuk menekan leher mangsa selama lebih sembilan minit.

Kebanyakan tunjuk perasaan itu berlangsung dalam suasana aman, namun bertukar ganas di beberapa lokasi. – AFP

Trump dituduh cuba memecah belah penduduk Amerika

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail