dtramp.transformed.jpg

Trump kata China tak perlu pulangkan drone AS

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Akan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. – Foto AFP

WASHINGTON: Akan presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata AS harus membiarkan saja China menyimpan peluncur bawah permukaan air tanpa pengendali milik tentera laut AS yang dirampas di Laut China Selatan.

“Kita patut memberitahu China yang kita Tak mahu drone yang mereka curi itu. Biarkan mereka menyimpannya!” kata Trump dalam Tweet beliau semalam.

Beliau memuat naik kiriman itu selepas tentera laut AS mengumumkan pihaknya sudah mencapai persetujuan dengan China untuk mengembalikan semula peluncur berkenaan.

Dalam Tweet beliau semalam, Trump menyelar tindakan China merampas drone uji kaji berkenaan.

Menurut Pentagon, drone itu dirampas Khamis lalu ketika sedang mengutip data saintifik di Laut China Selatan, yang didakwa terletak dalam wilayah milik China. – AP

Trump kata China tak perlu pulangkan drone AS

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail