12agongg.transformed.jpg

Tuanku Abdul Halim berangkat pulang ke Alor Star

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melambaikan tangan selepas Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14 di Parliman hari ini.Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan).
- Foto BERNAMA

SEPANG: Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berlangsung dengan penuh adat di Kompleks kembang Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pagi ini.

Ketibaan baginda berdua kira-kira jam 10 pagi dari bangunan Parlimen disambut dengan perarakan 180 orang yang lengkap berpakaian pembesar Melayu, inang pengasuh dan komandan istana, sambil membawa peralatan tradisional seperti gendang, tombak, kembang emas dan replika pohon beringin, bermula dari persimpangan jalan Sampai ke pintu masuk kompleks.

Keunikan istiadat di Kompleks kembang Raya sempena tamat tempoh pemerintahan baginda selama lima tahun ini ditambah dengan kehadiran dua ekor gajah yang mengepalai perarakan berkenaan, menggambarkan zaman kegemilangan raja-raja Melayu dahulu kala.

Yang turut mengiringi keberangkatan balik Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Istiadat diteruskan dengan persembahan pencak silat pintu masuk, diikuti persembahan Lambaian Kasih ‘Daulat Tuanku’ di dataran Kompleks kembang Raya.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri kemudian berkenan bersalaman dengan tetamu kenamaan yang hadir, sebelum berangkat pulang menaiki pesawat khas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah, kira-kira jam 11 pagi.

Tuanku Abdul Halim berangkat pulang ke Alor Star

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *