zahidumnotubuh15a_1537010021.jpg

Tubuh Jawatankuasa Kerja UMNO, PAS Kelantan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BHARU: Jawatankuasa Kerja Perhubungan UMNO Kelantan akan ditubuhkan bagi meneliti aspek dan bentuk kerjasama antara parti itu dengan PAS mengikut acuan politik di negeri ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jawatankuasa yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob itu kemudiannya akan mengadakan perbincangan rasmi dengan PAS dan kerajaan negeri bagi menentukan bentuk kerjasama nanti.

Beliau berkata, matlamat itu mahu dicapai berikutan kerjasama antara UMNO dan PAS sudah terjalin secara rasmi sebagai pembangkang pada peringkat nasional.

“Memandangkan PAS di Kelantan Adalah kerajaan negeri, mungkin beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan untuk menjalin kerjasama yang bukan untuk jangka masa pendek, sebaliknya bagi jangka masa panjang.

“Kita tahu bentuk kerjasama ini amat diperlukan kerana selama lebih 60 tahun kita (UMNO dan PAS) berperang sesama sendiri dan ini masanya kita berbaik supaya (menerusi kerjasama ini) pemimpin UMNO dan PAS akar umbi dapat memahami hati nurani masing-masing.

“Biarlah kerjasama ini diwujudkan sebagaimana kita lakukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Selangor baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan bersama Badan Perhubungan UMNO Kelantan, di sini, hari ini.

AHMAD Zahid bersalaman dengan sebahagian Pakar UMNO pada Majlis Perjumpaan Khas di Dewan UMNO Negeri Kelantan. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Ditanya mengenai tindakan UMNO yang mahu menjalinkan kerjasama dengan PAS seolah-olah terdesak untuk kembali menjadi kerajaan, Ahmad Zahid menafikan perkara terbabit, sebaliknya menjelaskan ia Adalah hakikat politik sebagai parti pembangkang.

“Tiada sesiapa kecuali Allah S.W.T yang boleh menyekat bentuk kerjasama parti pembangkang dalam satu gagasan memandangkan kita tahu banyak isu rakyat kini Tak dapat diselesaikan termasuk manifesto yang Tak dapat diterjemahkan.

“Ini bermakna sudah tentu rakyat akan mencari UMNO dan PAS untuk menyelesaikan masalah yang kini dialami mereka,” katanya.

Tubuh Jawatankuasa Kerja UMNO, PAS Kelantan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *