15tudm1_1537027802.jpg

TUDM terbangkan pesakit dari Tawau ke Subang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini, melakukan penerbangan ihsan membawa pesakit yang mengalami kegagalan hati dan kandungan gula tinggi dalam darah dari Hospital Tawau ke Pangkalan Udara (PU) Subang, Subang.

Ahmad Asyraf Zubir, 28, diterbangkan dari Tawau dengan pesawat TUDM jenis A400M dari No 22 Skuadron untuk membolehkannya mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

TUDM dalam satu kenyataan media malam ini, memaklumkan pesawat membawa pesakit itu berlepas dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 4.20 petang dan selamat mendarat di PU Subang pada jam 7.19 malam tadi.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit kegagalan hati dari Pangkalan Udara TUDM Kuching ke Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam. – Foto NSTP

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit kegagalan hati dari Pangkalan Udara TUDM Kuching ke Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam. – Foto NSTP

Pesawat dikendalikan juruterbang Leftenan Kolonel Baharin Mohamad dan Kapten Ikmal selaku pembantu juruterbang serta empat kru.

Sejurus tiba di PU Subang, Ahmad Asyraf dikejarkan ke Hospital Selayang dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Turut mengiringi pesakit dalam penerbangan itu Adalah adiknya, Ahmad Qhaliss; Dr Cheah Phee Kheng, Dr Mohd Yaakub Ariffin, Dr Tham Pei Wen dan Pembantu Perubatan Adizul Lanis yang juga Adalah petugas perubatan dari Hospital Tawau.

TUDM terbangkan pesakit dari Tawau ke Subang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *