pecahrumah21-o_BHfield_image_listing_featured.var_1590040291.jpg

Tujuh ditahan pecah kiosk menjual emas

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

SUNGAI PETANI: Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pengawal keselamatan dipercayai terbabit kes pecah kiosk menjual emas di sebuah pasar raya di sini, pada 10 Mei lalu.

Suspek berusia antara 23 Sampai 55 tahun itu ditahan dalam serbuan sekitar daerah ini pada Ahad Sampai Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata tiga pengawal keselamatan berkenaan dibebaskan semalam, selepas didapati Tak terbabit dalam kejadian itu.

“Hasil siasatan mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan lain memberi maklumat kepada kumpulan penjenayah berkenaan, bagaimanapun dia Tak bertugas pada malam kejadian.

“Polis kemudian menahan pengawal keselamatan terbabit bersama enam individu lain termasuk seorang wanita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Sebelum ini, pemilik kios menjual emas berkenaan mendakwa mengalami kerugian RM500,000 selepas peti besi yang mengandungi wang tunai dan barangan kemas dilarikan.

Susulan itu, tiga pengawal keselamatan yang bertugas pada malam kejadian ditahan pada hari sama untuk membantu siasatan.

Selain itu, Adzli berkata, hasil serbuan berjaya menemukan semula peti besi serta beberapa barangan kemas yang dilarikan.

Beliau berkata, sebahagian barangan kemas yang dicuri dipercayai sudah dijual kepada peraih emas Tak berdaftar di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati semua yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek dikehendaki kes pecah sebuah kiosk menjual emas di sini, Mahroze Irwan Mansor, 39. - Foto Nor Farhani Che Ad
Suspek dikehendaki kes pecah sebuah kiosk menjual emas di sini, Mahroze Irwan Mansor, 39. – Foto Nor Farhani Che Ad

Dalam pada itu, beliau juga berkata, pihaknya turut memburu dua lagi suspek iaitu Mahroze Irwan Mansor, 39, atau dipanggil ‘Boy’ dan Mohd Redzuan Md Zain, 42, atau dipanggil ‘Wan Sakai’ yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Dua individu ini dipercayai berperanan masuk ke dalam kiosk dan melarikan peti besi berkenaan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan dua lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 019-5392275 atau memberi maklumat di mana-mana balai polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tujuh ditahan pecah kiosk menjual emas

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail