1529301536_image.jpg

Tuk Ti bawa Aafiyah raya rumah Wan Azizah, Azmin

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SELEPAS berhari raya di rumah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut meneruskan aktiviti rayanya ke rumah pemimpin yang lain.

Di laman Instagram @ctdk, Tuk Ti dilihat berfoto sekeluarga dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alhamdulilah berpeluang menziarahi dan beraya bersama YB TPM dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Insan yang tabah dengan dugaan,” tulis Tuk Ti.

Dengan menggunakan tanda pagar #ziarahraya, Tuk Ti turut ke rumah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Malah lebih istimewa Bila Aafiyah turut mendapat kawan baharu.

Di laman instagram @azmin_ali, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Siti sekeluarga yang beraya ke rumahnya.

Tuk Ti bawa Aafiyah raya rumah Wan Azizah, Azmin

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *