pmprima15a_BHfield_image_listing_featured.var_1581743387.jpg

Tun M puji program Media Prima Medical Outreach

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

LANGKAWI: Program Media Prima Medical Outreach (MPMO) dilihat berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar mengenai penjagaan kesihatan yang lebih sempurna, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, masyarakat luar bandar ada kalanya Tak mengetahui mereka menghidap penyakit seperti diabetes atau masalah jantung sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Katanya, penekanan ke atas kesedaran kesihatan termasuk mengetahui keadaan diri sendiri perlu bagi mengelak sebarang penyakit kritikal dalam jangka masa panjang.

“Masyarakat luar bandar kadang-kadang hanya tahu ada penyakit ketika mengalami kemalangan dan dirawat di hospital, disebabkan itu pemeriksaan kesihatan menjadi perkara penting.

“Lebih penting masyarakat luar bandar mesti faham tahap kesihatan mereka sebelum keadaan menjadi serius, disebabkan itu program seperti ini amat berkesan bagi membantu mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Media Prima Medical Outreach di Masjid Nurul Islam, Kampung Sungai Itau, di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan MPB, Datuk Kamal Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizal Azan Abdul Rahim; Pengurus Besar Komunikasi Korporat MPB, Azlan Abdul Aziz dan Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat, Derma, Komunikasi Korporat Kumpulan MPB, Muhammad Nazim Ismail.


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri program Media Prima Medical Outreach di Masjid Nurul Islam, Kampung Sungai Itau, Langkawi, hari ini. – Foto Hamzah Osman

Lebih 500 orang menghadiri program berkenaan yang mendapat kerjasama IJN, Langkawi Power Youth Club dan 65 sukarelawan mewakili Briged Sukarelawan Media Prima-The New Straits Times Press (NSTP).

Dr Mahathir berkata, masyarakat luar bandar juga perlu mengambil peluang menyertai program berkaitan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran.

“Program ini boleh membuatkan masyarakat luar bandar faham bahawa Tak perlu menunggu sehingga sakit untuk mendapat rawatan dan menentukan sama ada menghidap penyakit atau Tak.

“Pada masa hadapan, tahap kesihatan masyarakat luar bandar boleh menyamai penduduk bandar jika kefahaman ini dicapai,” katanya.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri pada jam 9.30 pagi dengan memandu sendiri kenderaan Proton X70 yang turut dinaiki Dr Siti Hasmah, disambut Syed Hussian dan Dr Aizal Azan.

Perdana Menteri turut meluangkan masa kira-kira 45 minit mendengar penerangan dan meninjau kakitangan IJN Menciptakan pemeriksaan kesihatan jantung ke atas pengunjung.

Sementara itu, Syed Hussian berkata, dua lokasi dipilih bagi mengadakan program CSR di Langkawi iaitu Dewan Persatuan Pendidikan Akhlak Chee Boon Kor di Kuah dan Masjid Nurul Islam Kampung Sungai Itau, di sini.

“Kita juga menganjurkan program pembersihan pantai di Nusa Besar Basah petang semalam membabitkan 65 sukarelawan sebagai sebahagian lagi CSR di Langkawi kali ini.

“Program MPMO kali agak istimewa kerana kita turut membawa pakar pediatrik dan bas IJN yang dilengkapi mesin elektrokardiogram (ECG) untuk pemeriksaan,” katanya.


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar dengan orang ramai pada program Media Prima Medical Outreach di Masjid Nurul Islam, Kampung Sungai Itau, Langkawi, hari ini. – Foto Hamzah Osman

Tun M puji program Media Prima Medical Outreach

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail