nuklu.jpg.transformed.jpg

Turki kutuk Israel tutup Baitulmaqdis

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus. – Foto Reuters

ISTANBUL: Turki mengutuk tindakan Israel menutup kawasan Baitulmaqdis selama dua hari susulan serangan maut dan menyifatkan ia sebagai ‘jenayah terhadap kemanusiaan.’

“Keputusan ini Adalah jenayah terhadap kemanusiaan dan kebebasan beragama. Dari sudut pandang hak asasi manusia, ia Tak dapat diterima,” kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus.

Kurtulmus pada sidang media di Ankara selepas mesyuarat Kabinet berkata, keputusan itu benar-benar Tak dapat diterima dan amat mengecewakan.

Pekarangan Haram al-Sharif terkenal sebagai ‘Temple Mount’ dalam kalangan penduduk Yahudi termasuk ‘Dome of the Rock’ dan Masjid al-Aqsa.

Kawasan itu dianggap tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan tempat paling suci bagi penganut agama Yahudi.

Mei lalu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menganggap tindakan Israel melarang penggunaan pembesar suara ketika azan sebagai sama dengan amalan aparteid di Afrika Selatan. – AFP

Turki kutuk Israel tutup Baitulmaqdis

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *