16abas1.transformed.jpg

TYT Nusa Pinang lawat NSTP

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Yang Dipertua Negeri Nusa Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas disambut oleh Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar (dua kiri), Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid (dua kanan) dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Mohamad Ariff Ibrahim (kanan), ketika lawatannya di Balai Berita NSTP. – Foto NSTP/Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Nusa Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, mengadakan kunjungan ke Balai Berita, The News Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), hari ini.

 

Ia Adalah kunjungan rasmi pertama kali Abdul Rahman ke NSTP.

 

Beliau disambut oleh Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Berhad, Mohamad Ariff Ibrahim.

 

Yang di-Pertua Negeri Nusa Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas berbual mesra dengan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid (tiga dari kanan) ketika melawat Galeri Prima di Balai Berita NSTP. Turut kelihatan Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar (kiri). – Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

Turut sama Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan New Straits Times, Yushaimi Maulud Yahaya.

 

Abdul Rahman sempat berkunjung ke Jabatan Editorial BH dan diberi taklimat hampir sejam mengenai proses operasi dan penulisan berita.

 

Dalam kunjungan itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada akhbar BH yang akan menyambut ulang tahun ke-60 pada 1 Julai depan.

TYT Nusa Pinang lawat NSTP

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *