Aeril-4.png

Ucapan Istimewa Ulangtahun Perkahwinan Aeril Zafrel Buat Wawa Zainal Yang Romantik!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Tanggal 24 Februari Adalah tarikh ulang tahun perkahwinan yang ke 4 buat pasangan romantik Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Siapa Tak kenalkan dengan pasangan suami isteri yang Senang berangan dengan Gita Hidustan ini.

Disebabkan video yang sering dimuat naik oleh Wawa membuatkan mereka menjadi perhatian netizen. Tetapi jelas nyata bahawa Aeril dan Wawa Adalah pasangan yang sangat merendah diri serta Tak terlalu kejar populariti.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka itu, Aeril telah memuat naik satu video beserta kapsyen yang sangat merutun jiwa buat isterinya yang tersayang iaitu Wawa. Berikut kapsyen yang ditujukan kepada Wawa sebagai ucapan ulang tahun perkahwinan mereka.

Daripada kapsyen tersebut jelas menunjukkan betapa sayangnya Aeril terhadap isterinya itu. Malah, Aeril menganggap Wawa Adalah cinta agung yang pernah dimilikinya.

Walaupun sudah bergelar sebagai suami isteri selama empat tahun ini, namun Aeril dan Wawa tetap bahagia ditambah lagi dengan kehadiran dua cahya mata seorang lelaki dan perempuan yang menyerikan keluarga mereka.

Kehadiran Ahmad Fakhruddin Atta yang berusia 3 tahun dan juga anak perempuannya Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang sudah berusia 6 bulan ni melengkapkan lagi kehidupan Aeril Zafril dan juga Wawa Zainal.

Apapun, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat pasangan Aeril dan Wawa. Semoga cinta mereka sentiasa mekar selama-lamanya.

Ucapan Istimewa Ulangtahun Perkahwinan Aeril Zafrel Buat Wawa Zainal Yang Romantik!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *