uiamlogo.jpg.transformed.jpg

UIAM pilihan utama pelajar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PETALING JAYA: Imej yang konsisten, selain program bermutu antara faktor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi pilihan utama pelajar Bila menerima permohonan tertinggi dalam kalangan universiti awam (UA) iaitu sebanyak 90,218 untuk sesi kemasukan 2017/2018.

Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin, berkata permohonan yang diterima daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu membabitkan lapan jurusan pilihan termasuk perubatan, undang-undang, ekonomi, sains kemanusiaan, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

“Meskipun menerima permohonan terbanyak antara UA, UIAM hanya mampu menawarkan 2,713 tempat sahaja untuk pelajar mengikuti program asasi UIAM di kampus Petaling Jaya, Gambang dan Gombak kerana kekangan tempat.

“Pihak universiti sangat berterima kasih kepada pelajar yang memilih UIAM sebagai universiti pilihan mereka dan berharap dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar lepasan SPM pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis lafaz ikrar pelajar baharu Pusat Asasi UIAM bagi sesi kemasukan 2017/2018, di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Rektor (Perancangan dan Akademik) UIAM, Prof Dr Isarji Sarudin serta Pengarah Bahagian Kemasukan dan Pengurusan Akademik UIAM, Prof Madya Dr Ghairuzazmi Mat Ghani. 

Seramai 2,713 pelajar menyempurnakan majlis lafaz ikrar sebagai pelajar baharu Pusat Asasi UIAM yang menawarkan 15 program asasi pada kemasukan kali ini antaranya jurusan sains, ekonomi, undang-undang, kejuruteraan, bahasa dan sains kemanusiaan.

Zaleha berkata, UIAM berharap dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian di UIAM Bila kampus Gambang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

“Kita dapati Pusat Asasi di Petaling Jaya ini sudah Tak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Jadi, universiti bercadang untuk memindahkannya ke kampus Gambang yang boleh menampung 5,000 pelajar,” katanya.

 

UIAM pilihan utama pelajar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *