17ukm3.transformed.jpg

UKM kerjasama dengan RCSEd

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta sejarah Bila muncul universiti pertama di dunia bekerjasama dengan Royal College of Surgeons of Edinburgh International (RCSEd), Edinburgh, Scotland yang berusia 513 tahun.

Perasmian pejabat antarabangsa RCSEd di Pusat Latihan Pembedahan Termaju (ASSC) Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras, disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang juga Canselor UKM.

Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata kerjasama berkenaan membuka peluang kepada universiti itu untuk membina nama dan kepakaran antarabangsa.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan hadir sempena majlis Perasmian Antarabangsa ‘ The Royal College Of Surgeons Of Edinburgh di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

Katanya, ASSC akan bertindak sebagai pusat bagi sebarang aktiviti RCSEd termasuk melaksanakan program pendidikan, latihan, penilaian dan kerja amal di rantau Asia Tenggara.

“Pusat ini akan melatih pakar bedah menggunakan teknologi termaju sejajar Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0) dan kita berharap kerjasama antara UKM dan RCSEd akan melahirkan pakar bedah yang berkemahiran tinggi di samping dapat menghasilkan penemuan baharu yang besar.

“Untuk permulaan, kami bangga mengumumkan bahawa setakat ini kita mempunyai 600 Pakar RCSEd warga Malaysia sebagai sebahagian daripada kolej kita,” katanya pada sidang media selepas perasmian pejabat antarabangsa RCSEd di ASSC, hari ini.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan menyaksikan pertukaran memorandum diantara Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali (kiri) dan Presiden Royal College of Surgeons, Michael Lavelle Jones (kanan) selepas merasmikan majlis Perasmian Antarabangsa ‘ The Royal College Of Surgeons Of Edinburgh di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

Turut berkenan hadir majlis perasmian pejabat berkenaan, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Yang turut hadir, Presiden RCSEd, Prof Michael Lavelle-Jones; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz PPUKM, Prof Madya Datuk Dr Hanafiah Harunarashid.

Dalam pada itu, Noor Azlan berkata sempena perasmian pejabat RCSEd, UKM dan RCSEd melancarkan felo Canselor Tuanku Muhriz yang menyediakan dana khusus untuk meningkatkan kepakaran pembedahan di negara ini dalam konteks masyarakat luar bandar.

“Pakar dari RCSEd akan datang ke negara ini yang dengan sendirinya membantu meningkatkan kepakaran pembedahan menggunakan teknologi termaju sejajar perkembangan Industri 4.0.” katanya.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan hadir sempena majlis Perasmian Antarabangsa ‘ The Royal College Of Surgeons Of Edinburgh di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

Sementara itu, Prof Lavelle-Jones berkata pemilihan UKM kerana universiti itu memiliki fasiliti kelas pertama, sekali gus menjadi universiti pertama bekerjasama dengan RCSEd .

“Kami kagum dengan UKM iaitu satu daripada pusat latihan dalam bidang pembedahan ternama di negara ini dan berharap kerjasama ini memanfaatkan kedua-dua negara,” katanya.

UKM kerjasama dengan RCSEd

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *