MMbqCPF.jpg

Umie Aida Rindu Watak Berat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon Datin Umie Aida mengakui rindu untuk melakonkan watak-watak berat yang bermain dengan emosi seperti yang pernah dibawakannya sebelum ini.

Umie, 43, berkata, kekurangan naskhah yang berkualiti juga menjadi punca dia jarang menerima tawaran dan berlakon dalam drama-drama tempatan.

“Saya agak selektif untuk skrip dan pelakon gandingan dalam sesebuah drama. Sekarang bukan saya Tak mahu berlakon Akan Tetapi kurang menerima naskhah-naskhah yang bagus.

“Saya sangat rindu untuk berlakon watak-watak berat, kalau ada produksi yang ada watak berat dan cerita yang bagus tolonglah ambil saya berlakon,” ujarnya.

Bagaimanapun, Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali berkata, dia menerima tawaran melakonkan watak yang diidamkan menerusi telefilem Ana Anak Ibu arahan Ghaz Abu Bakar yang Akan ditayangkan pada Mei depan.

Tambah pelakon filem Embun ini, ia Adalah drama berat yang dilakonkan selepas saya Bukan Malaikat kira-kira dua tahun lalu.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Ana Anak Ibu yang banyak memerlukan saya bermain dengan emosi Bila anak saya iaitu lakonan Puteri Balqis berhadapan dengan kematian akibat penyakit kanser.
“Ia Adalah drama berat selepas saya Bukan Malaikat. Dua tahun juga saya berlakon watak berat kerana dulu Erma Fatima sahaja yang Senang buat drama sebegini. Sekarang dia sibuk beri tumpuan kepada drama komedinya Mak Cun,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut tentang mementingkan skrip dan pelakon gandingan, Umie berkata, dia mengutamakan pelakon tahu tanggungjawab yang perlu dilakukan.
“Bagi saya skrip dan pelakon gandingan Adalah sangat penting. Kalau boleh biarlah yang tahu tanggungjawab sebagai seorang pelakon.

“Saya sendiri masih buat persediaan untuk babak seterusnya dan ia akan memudahkan penggambaran berlangsung,” ujarnya.

Umie Aida Rindu Watak Berat

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *