01shaml.transformed.jpg

UMNO mulakan program TPBR di Perak

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua dari kanan) diiringi Pakar Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (kanan), menyampaikan sumbangan kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar (dua dari kiri) sambil diperhati Datuk Saarani Mohamad (kiri), pada majlis penyerahan sumbangan 24 UMNO Bahagian negeri Perak dan anak yatim di bangunan UMNO negeri Perak. – Foto Yahya Zain

IPOH: Perak menjadi negeri pertama menerima bantuan sempena menyambut Ramadan daripada Biro Kebajikan UMNO yang memulakan siri jelajah Turun Padang Bantu Rakyat (TPBR) ke seluruh negara termasuk Sabah, hari ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata majlis penyerahan berkenaan membabitkan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan menerusi 24 UMNO bahagian negeri.

Katanya, seramai kira-kira 1000 sukarelawan termasuk Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia, Pemuda Malaysia dan Puteri Malaysia membabitkan 30 buah kenderaan.

“Menyedari UMNO terus diterima rakyat, kita sentiasa berdamping dengan rakyat supaya kegiatan seumpama ini digiatkan bagi merapatkan hubungan dengan rakyat.

“Kita bukan sahaja menyerahkan bantuan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri malah turut memberi bantuan kepada 1,300 Pakar Persatuan Kuala Kangsar serta menyertai program bersama bekas perajurit pejuang tanah air,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada wakil ibu pejabat UMNO bahagian negeri.

Turut hadir, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Perhubungan BN Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sumbangan berupa kain pasang dan keperluan Ramadan diserahkan kepada 7,322 penerima yang disalurkan menerusi 24 Bahagian UMNO negeri untuk diagihkan kepada golongan kurang kemampuan termasuk ibu tunggal dan anak yatim di negeri ini.

Shamsul Anuar berkata, program berkenaan diharap dapat memperkukuh dan merealisasi imej UMNO sebagai parti yang memberi bantuan kepada rakyat.

“Kita akan jelajah lebih daripada 21 destinasi ke seluruh negara termasuk Sabah dengan disambut kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri,” katanya.

UMNO mulakan program TPBR di Perak

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail