Ahmad_Zahid3..transformed.jpg

Unit Anti Keganasan dinaikkan taraf – TPM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) beramah mesra dengan sebahagian anak-anak yatim Salimah, Kandis, Bachok di Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan bersebelahan Masjid Mahmoodi, Pantai Irama, Bachok. – Foto Fathil Asri

BACHOK: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menaik taraf unit kepada Bahagian Anti Keganasan bagi memegang tanggungjawab lebih besar menghalang aktiviti keganasan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Bahagian Anti Keganasan akan ditempatkan di Bukit Aman diketuai seorang pegawai paling kanan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru, katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dalam masa terdekat bagi mengesahkan naik taraf unit berkenaan kepada Bahagian Anti Keganasan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Bahagian itu bukan saja mengambil tindakan secara Keseluruhan, tetapi lebih daripada itu termasuk mendapatkan kerjasama dengan pemimpin masyarakat.

“Bahagian Anti Keganasan ini sebenarnya sudah lama wujud, namun empat tahun lalu sudah dijadikan sebuah unit pencegahan keganasan.

“Namun Bila berlaku banyak kejadian keganasan di luar negara, kita merasakan seorang pegawai kanan perlu mengetuai Bahagian Anti Keganasan ini supaya dapat menangani sebarang aktiviti keganasan dengan lebih cekap,” katanya dalam sidang media di Program Penerapan Nilai-nilai Murni Bersama TPM di Masjid Mahmudi di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden keganasan yang dikaitkan dengan militan di Paris, Manchester dan terbaharu rempuhan kenderaan di London Bridge yang menyebabkan tujuh maut dan 44 orang awam cedera.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim; Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad; serta Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Program anjuran KDN itu dihadiri kira-kira 1,200 tetamu terdiri daripada pegawai, kakitangan, keluarga serta sahabat jabatan dan agensi di bawah KDN.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan ibu tunggal.

Selepas berbuka Saum, Ahmad Zahid serta tetamu menunaikan solat Maghrib sebelum berlepas ke Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk menunaikan solat Isyak, tarawih dan moreh bersama jemaah.

Unit Anti Keganasan dinaikkan taraf – TPM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *