united_BHfield_image_listing_featured.var_1581980573.jpg

United benam Chelsea

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

LONDON: Tandukan Anthony Martial dan Harry Maguire Menyodorkan Manchester United kemenangan 2-0 di Chelsea sebentar tadi, meletakkan kembali pasukan berkenaan dalam pemburuan empat teratas Liga Perdana.

Dalam saingan pantas, skuad Ole Gunnar Solskjaer mengambil sepenuhnya peluang terhidang ketika Chelsea yang sukar mendapat prestasi terbaik di laman sendiri mensia-siakan banyak kesempatan.

Tandukan baik Martial sebelum tamat babak pertama hasil hantaran Aaron Wan-Bissaka meletakkan pelawat di depan.

Ia Adalah jaringan pertama United dalam empat perlawanan Liga Perdana.


PEMAIN Manchester United, Anthony Martial meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, sebentar tadi. – Foto Reuters

Pertahanan, Harry Maguire mendapatkan gol kedua pada minit ke-66 Bila mengatasi kawalan Antonio Rudiger dan menanduk masuk hantaran lintang pemain baharu United dari Portugal, Bruno Fernandes.

Dua gol Chelsea dinafikan VAR.

Kurt Zouma meledak hasil hantaran lintang pada minit ke-54 tetapi ada pemain ditolak manakala jaringan pemain gantian Olivier Giroud pada minit ke-77 dibatalkan kerana ofsaid.

Kekalahan itu meletakkan Chelsea di tangga keempat, satu mata di depan Tottenham Hotspur yang dipimpin bekas jurulatih mereka, Jose Mourinho.

Chelsea akan menanti kehadiran Spurs Sabtu ini manakala United ke kedudukan ketujuh, tiga mata di belakang Chelsea. – REUTERS


PEMAIN Manchester United, Harry Maguire (kanan) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, sebentar tadi. – Foto AFP

United benam Chelsea

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail