mbsb.jpg.transformed_1.jpg

Untung MBSB suku pertama RM127j

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Malaysia Building Society Bhd (MBSB) melonjak kepada RM126.77 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 berbanding RM39.1 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, peningkatan itu disebabkan pinjaman kasar yang tinggi dan kos dana yang rendah.

Keuntungan selepas cukai MBSB turut meningkat sebanyak 190.87 peratus kepada RM101.32 juta manakala perolehan kumpulan konsisten pada asas tahun ke tahun pada RM811.20 juta.

Pembiayaan dan pinjaman kasar kumpulan naik sebanyak 4.07 peratus tahun ke tahun kepada RM35.85 bilion yang disumbangkan terutamanya oleh pengagihan pembiayaan korporat yang tinggi, yang sebahagiannya diimbangi oleh penurunan dalam asas runcit.

MBSB berkata pengembangan strategik perniagaan korporatnya dalam sektor itu meningkatkan komposisi asetnya antara runcit dan korporat sebanyak 80:20 berbanding 84:16 tahun ke tahun, kemajuan yang berterusan ke arah sasaran kumpulan sebanyak 70:30.

Jumlah aset meningkat 7.06 peratus tahun ke tahun atau RM2.95 bilion pada suku pertama, disebabkan pembiayaan/pinjaman bersih yang tinggi dan aset cair.

Jumlah deposit naik sebanyak RM1.56 bilion atau 5.13 peratus tahun ke tahun kepada RM32.06 bilion, yang terus dipacu oleh deposit dan sokongan daripada pelanggan korporat. – BERNAMA

Untung MBSB suku pertama RM127j

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail