1508969564_image281629.jpg

Uqasha Senrose Miliki Ciri-ciri Wanita Idaman Hefny

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pastinya ramai yang mengenali pelakon dan pengacara lelaki, Hefny Sahad yang semakin meningkat naik di dalam industri seni.

Terbaru, Hefny memberitahu kepada satu sumber, bahawa hubungannya dengan seorang pelakon cantik yang semakin melonjak naik di dalam industri, Uqasha Senrose semakin rapat sejak penghujung tahun lalu.

“Hubungan saya dengan Uqasha rapat sejak penghujung tahun lalu. Apa yang saya boleh katakan saya hanya keluar dengan dia dan Tak ada wanita lain.

“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu namun pada penghujung tahun lalu saya mula rapat dengan dia,” kata pelakon ini.

Hefny memberitahu lagi, apa yang membuatkan dia terpikat dengan pelakon cantik itu Adalah kerana Uqasha memiliki sifat yang sangat mementingkan keluarga, bertanggungjawab dan mana.
“Saya lihat Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya terlebih dahulu. Tips dia melayan dan menjaga adik-beradiknya membuatkan saya terpikat.

“Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang yang manja,” ujarnya lagi.

Namun begitu, pelakon dan pengacara ini Tak mempunyai apa-apa perancangan untuk membawa hubungan mereka kepada peringkat yang lebih serius.
Dalam pada itu Hefny juga berkata jika diizikan ALLAH SWT dia mempunyai jodoh dengan pelakon cantik itu, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua pihak untuk mereka berdua.
Terdahulu, Uqasha dan Hefny pernah digsoipkan sedang bercinta selepas ramai yang memandang kedua-dua Seniman ini saling meninggalkan komen yang ‘sweet’ di antara satu sama lain.

Kami di Kakigosip sentiasa mendoakan yang baik-baik buat kedua-dua Seniman ini. Kalau ada jodoh pasti kedua-dua mereka akan bersatu jua nanti.

Uqasha Senrose Miliki Ciri-ciri Wanita Idaman Hefny

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *