BN01372889.jpg.transformed.jpg

Usaha UMNO, PAS bantu Rohingya lambang kesepaduan Islam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pakar Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed merasmikan kursus kepimpinan khas mahasiswa Kelantan siri-5 di Pondok Moden, Jeli, hari ini. – Foto BERNAMA

JELI: Penyertaan bersama wakil UMNO dan PAS dalam misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar Adalah satu bentuk kerjasama padu bagi kepentingan umat Islam.

Pakar Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata perbezaan fahaman politik bukan menjadi halangan bagi kedua-dua parti itu bersama membela penderitaan masyarakat Rohingya.

Beliau berkata, semangat itu harus diteruskan dan dicontohi mana-mana pihak yang prihatin terhadap nasib etnik berkenaan.

“Langkah UMNO-PAS bersama dalam misi flotila itu jelas menunjukkan keikhlasan mereka untuk membantu umat Islam di sana.

“Kita akan rugi besar kalau sentiasa bercakaran dan berpecah terutama dalam soal membabitkan kepentingan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kursus kepimpinan khas mahasiswa Kelantan siri-5 di Pondok Moden, Jeli, di sini, hari ini.

Beliau mengulas misi flotila menerusi kapal ‘Nautical Aliya’ dengan majlis pelepasan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, di Boustead Cruise Centre, semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata sikap bekerjasama dalam menjaga kepentingan Islam itu harus menjadi amalan di setiap peringkat parti dan juga badan bukan kerajaan (NGO) selain inisiatif kerajaan.

“Kerjasama bukan hanya mengenai isu etnik Rohingya saja yang boleh dilakukan (secara bersama UMNO dan PAS), malah perkara lain bagi kepentingan umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Usaha UMNO, PAS bantu Rohingya lambang kesepaduan Islam

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *