19usim.transformed.jpg

USIM raih 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam ITEX

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Naib Canselor (Penyelidikan dan Penemuan) USIM, Prof Dr Mustafa Mohd Hanefah (empat dari kiri) bersama pengajar USIM yang merangkul lima emas, dua perak dan gangsa di pentas Pameran Rekacipta, Penemuan dan Teknologi Antarabangsa 2016 (ITEX). – Foto Ihsan USIM

BANDAR BARU NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memenangi lima pingat emas, dua perak dan dua gangsa dalam Pameran Rekacipta, Penemuan dan Teknologi Antarabangsa 2016 (ITEX) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lima emas itu Adalah produk hasil Penemuan Syahidawati Shahwan daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat; Dr Ahmad Najib Azmi (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Dr Azman Ab Rahman (Fakulti Syariah dan Undang-Undang), Dr Noor Najihan Jaafar (Fakulti Quran dan Pengajian Sunnah) dan Dr Abdul Rahman Hassan (Fakulti Sains dan Teknologi).

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad, berkata Syahidawati memperkenalkan permainan seperti Saidina yang dinamakan Muamalat Interactive Game (MIG) 2.0, manakala Dr Ahmad Najib pula dengan produk Mobile Intravenous Drip (MIV) yang memudahkan pergerakan pesakit di hospital.

Katanya, Dr Azman menghasilkan Model Indeks Penentuan Had Tempoh Mualaf yang dibangunkan sebagai pengukuran penentuan had tempoh mualaf di Malaysia, manakala Dr Abdul Rahman mencipta produk Chicken Egg Shell (CHES) yang memisahkan membran untuk protein.

“Melalui produk I-Talk PISKEB (Innovation Talk Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan), Dr Noor Najihan mencipta perisian interaktif audio buku pendidikan Islam untuk pelajar cacat penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Musa berkata, perak dimenangi oleh Dr Nursima Mohamad (Fakulti Pergigian) bagi produk X-Dent Box dan Dr Madihah Mohd Saudi (Fakulti Sains dan Teknologi) untuk produk Im Ready.

Katanya, dua gangsa pula bagi produk Duplo Box oleh Dr Norlela Yacob (Fakulti Pergigian) dan Dr Norita Md Norwawi (Fakulti Sains dan Teknologi) bagi produk NAISE 1.0 : Cross Lingual Information Retriecal with QuHex Indexing Model.

Katanya, kejayaan mereka memperlihatkan kerja keras dan penyertaan aktif pensyarah USIM untuk meningkatkan mutu serta daya saing dalam bidang masing-masing dan pada masa sama berpeluang menyertai kumpulan pakar daripada pelbagai bidang.

ITEX 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) antara 12 Sampai 14 Mei lalu, menghimpunkan lebih 1,000 penyelidik dari 22 negara, termasuk China, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Iraq dan Vietnam.

USIM raih 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam ITEX

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *