capture-20180103-095841-horz.jpg

Ustaz Kazim Anggap Iqram Punya Pemikiran Halus

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias gembira dapat berjumpa dengan Iqram Dinzly selepas mereka lama Tak berjumpa. Beliau malah memuji pelakon kontroversi itu kerana mempunyai pemikiran yang halus.

“Menerima kunjungan Iqram, sudah lama tak jumpa dia, syukur dia sihat, ok sangat…lama jugak borak dengan dia tadi. Halus pemikiran dia,” katanya yang dipetik menerusi perkongsian di Facebooknya.

Beliau menerima kunjungan Iqram di pejabatnya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Ipoh, pada Isnin lalu.

Nama Iqram disebut ramai pihak sebelum ini selepas perilaku aneh beliau menjadi tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Perubahan sikapnya itu, turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kata Mohd Kazim lagi, beliau sempat menyampaikan pesanan kepada Iqram.

“Saya sampaikan juga nasihat kepada dia,” katanya.

Selain Iqram dalam kunjungan itu turut bersama mereka pelakon Johan As’ari.

“Empat bulan lepas saya ajak dia (Johan) ke Al-barakah hari ini dia datang dengan sahabat yang lain,” katanya.

Jelas Kazim beliau gembira dapat berjumpa mereka semua.

“Ceria dan sejuk memandang mereka. Insya-Allah, Johan akan belajar di Al-barakah begitu juga dengan Iqram cuma, dia perlu menemani ibunya yang masih dalam edah. Tahniah Iqram dan Johan.. saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat,” katanya.

Ustaz Kazim Anggap Iqram Punya Pemikiran Halus

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *