23reaktor1.transformed.jpg

UTM cipta reaktor hasil biodiesel

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga UTM, Skudai mencipta reaktor mini biodiesel mudah alih pada prapelancaran Ekspedisi Biodiesel Trans Malaysia di UTM, Skudai. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta reaktor mini biodiesel mudah alih bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan, dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Reaktor mini yang dihasilkan sekumpulan 25 penuntut dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga itu membabitkan kos RM15,000 dan disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

Pensyarah Kanan fakulti berkenaan, Dr Norzita Ngadi, berkata reaktor berkenaan diubah suai daripada ciptaan sebelum ini yang mana saiznya lebih kompak dan mudah diproses.

Katanya, reaktor berkenaan mampu menghasilkan lapan liter minyak biodiesel bagi setiap 10 liter minyak masak terpakai yang diproses.

“Biodiesel penting dalam menjaga ekosistem kerana asap yang terhasil lebih bersih berbanding asap diesel.

“Reaktor¬†ini menggunakan minyak masak terpakai yang ditukar menjadi biodiesel, secara Tak langsung menyelesaikan masalah pelupusan minyak masak terpakai,” katanya ketika ditemui pada prapelancaran Ekspedisi Biodiesel Trans Malaysia 2016 di sini, hari ini.

Beliau berkata, saiz reaktor lebih kompak menjadikannya mudah digerakkan, berbeza yang digunakan dalam industri. 

UTM cipta reaktor hasil biodiesel

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *