03sekat1.transformed.jpg

Venezuela terus bergolak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENUNJUK perasaan bertempur dengan Pengawal Keselamatan Bolivia membantah usaha presiden menggubal semula Perlembagaan di El Hatillo, Caracas, Venezuela. – Foto AP

CARACAS: Orang ramai menyekat jalan raya di ibu negara Venezuela dengan konkrit, logam dan timbunan sampah sebagai membantah usaha presiden menggubal semula Perlembagaan susulan krisis politik yang semakin tegang.

Presiden Nicolas Maduro menandatangani perintah kuasa semalam, untuk memulakan proses menggubal semula Perlembagaan negara itu.

Pemimpin pembangkang menyifatkan ia sebagai helah menangguhkan pilihan raya kawasan yang dijadualkan tahun ini dan pilihan raya presiden pada 2018.

Tinjauan pendapat menunjukkan presiden sosialis itu akan kalah teruk pada kedua-dua pilihan raya berikutan kemarahan rakyat berhubung inflasi dan kekurangan makanan serta barangan lain.

Kongres yang dikuasai pembangkang secara rasmi menolak usaha Maduro untuk mengadakan kongres perlembagaan, menyatakan ia perlu mendapatkan sokongan rakyat Venezuela.

Ia cuma simbolik kerana badan perundangan tiada kuasa menghalang perhimpunan perlembagaan.

Bercakap beberapa jam selepas satu lagi perarakan antikerajaan berakhir dengan adegan membaling batu dan gas pemedih mata semalam, Maduro berkata, Perlembagaan baharu itu penting untuk mengembalikan keamanan.

“Ini Adalah perhimpunan rakyat yang diwakili pekerja. Masanya sudah tiba. Jangan kecewakan saya. Saya bukan Mussolini,” katanya. – AP

Venezuela terus bergolak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *