zikkkaka.transformed.jpg

Virus Zika: Pertingkat pemantauan di pintu masuk Malaysia-Singapura

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meningkatkan pemantauan di dua pintu masuk utama melalui selatan tanah air berikutan pengesahan satu kes jangkitan Zika membabitkan rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Singapura.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Noor Hisham Abdullah, berkata kementerian juga mengedarkan risalah mengenai pencegahan jangkitan Zika di dua pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura.

Katanya, kesiapsagaan pemantauan itu termasuk menyediakan kumpulan paramedik di pintu masuk bagi menguruskan perkara selanjutnya jika terdapat pelawat yang menunjukkan tanda jangkitan.

“Bermula Februari 2016, kementerian juga mempergiatkan pemantauan serta langkah pencegahan dan kawalan vektor di semua pintu masuk antarabangsa bagi pelawat asing dan rakyat Malaysia yang kembali dari negara yang mempunyai jangkitan virus Zika.

“Ini termasuk pintu masuk jalan darat dari negara jiran. Bagi pelawat yang tiba dari negara yang ada kes jangkitan Zika, Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) akan diberikan sebagai panduan dan tindakan yang perlu dilakukan jika mengalami gejala jangkitan setelah kembali dari negara berkenaan,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan seorang warga Malaysia berusia 47 tahun dijangkiti virus Zika selepas mendapat rawatan akibat demam, ruam dan konjunktivitis sejak 25 Ogos lalu.

Noor Hisham berkata, setakat ini, Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes wanita Malaysia yang dijangkiti virus Zika di negara itu Adalah jangkitan tempatan yang mana pesakit Tak mempunyai sejarah melawat ke negara yang dijangkiti virus berkenaan.

Katanya, Kementerian Kesihatan negara berkenaan juga mengesahkan wanita Malaysia itu tinggal di Blok 102 Aljunied Crescent dan bekerja di negara itu yang mana ada tiga kes disyaki Zika dilaporkan di kawasan berkenaan.

Katanya, kementerian akan sentiasa berhubung rapat dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk lebih memahami situasi dan mendapatkan maklumat terkini mengenai jangkitan virus Zika berkenaan.

“Maklumat itu penting kerana kes itu yang pertama membabitkan warga Malaysia walaupun di negara jiran. Maklumat itu bagi menyelaras tindakan pencegahan dan kawalan bagi kedua-dua buah negara.

“Oleh kerana Malaysia juga mempunyai vektor pembawa virus Zika iaitu nyamuk Aedes, kes Zika boleh berlaku kerana ada rakyat negara ini yang melawat negara dijangkiti virus Zika dan Tak mengambil tindakan pencegahan awal,” katanya.

Virus Zika: Pertingkat pemantauan di pintu masuk Malaysia-Singapura

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *