WallStreetJan17a.jpg.transformed_2.jpg

Wall Street mengukuh dengan petunjuk positif

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

– Gambar hiasan

NEW YORK: Wall Street ditutup lebih tinggi semalam, susulan keuntungan bagi sektor teknologi dan industri terjejas dengan saham auto serta tenaga Bila pelabur mula menganalisa laporan pendapatan.

Saham Ford jatuh 4.4 peratus dan General Motors menjunam 2.9 peratus menjejaki kejatuhan besar jualan kenderaan baharu pengeluar automotif Amerika Syarikat (AS) pada April.

Selepas pasaran ditutup, saham Apple turut menyaksikan kejatuhan lebih satu peratus selepas syarikat itu melaporkan kejatuhan mengejut dalam jualan iPhone untuk suku terbabit.

Apple sebelum itu menyaksikan sahamnya didagangkan 0.6 peratus lebih tinggi sebelum pengumuman laporan jualan itu.

Pelabur juga menunggu beberapa petunjuk penting yang akan berlaku akhir minggu ini termasuk kenyataan Rizab Persekutuan pada Rabu yang akan memulakan mesyuaratnya hari ini, serta laporan pekerjaan AS pada Jumaat.

Fed dijangka akan menetapkan kedudukannya berhubung kadar faedahnya namun dijangka akan memberi petunjuk kemungkinan kadar itu dinaikkan pada Jun ini.

Penanda aras S&P 500 turut memacu ke paras tertinggi sepanjang musim pengumuman pendapatan swasta yang secara amnya mengatasi jangkaan.

Secara keseluruhannya pendapatan syarikat S&P 500 dijangka akan naik 13.9 peratus pada suku pertama, iaitu kenaikan terbesar sejak 2011, berdasarkan Thomson Reuters. – Reuters

Wall Street mengukuh dengan petunjuk positif

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *