image281629.jpg

Walt Disney enggan adegan kontroversi dipotong

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BAGI peminat filem Beauty and The Beast yang ditangguhkan tayangannya di Malaysia mungkin Tak akan dapat menonton filem ini kerana Watl Disney enggan membenarkan pemotongan dilakukan terhadap filem tersebut.

Memetik laporan Reuters, Walt Disney berkata, plot homoseksual yang menjadi kontroversi dalam filem ini Adalah jalan cerita kepada keseluruhan filem tersebut.

Jika plot itu dipotong, Tak bermakna menonton filem itu dan ia akan menjadi filem yang hambar.

Lembaga Penapisan filem Malaysia (Finas) bagaimanapun sudah meluluskan filem ini untuk tayangan umum jika adegan homoseksual itu dipotong.

Filem yang dijadual ditayangkan pada Khamis ini ditangguhkan sehingga hujung bulan Mac ini.

Namun, Walt Disney enggan menerima adegan itu disunting dan mungkin rela filem itu Tak ditayangkan di Malaysia.

Filem itu terpalit dengan kontroversi Bila pengarahnya, Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad Adalah seorang gay.

“Le Fou Adalah seseorang yang pada satu hari mahu menjadi Gaston dan pada hari lain mahu mencium Gaston.

“Dia keliru tentang apa yang dia mahu. Ada seseorang yang baru sedar bahawa dia mempunyai perasaan ini,” kata Condon.

‘Adegan gay’ itu bagaimanapun telah menjadi kontroversi.

Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

Pawagam pandu lalu di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay.

Difahamkan, pawagam TGV dan Golden Screen Cinemas di Malaysia menawarkan pembayaran balik untuk pelanggan yang membeli tiket Beauty and the Beast berikutan pengumuman tarikh tayangan filem itu di negara ini telah ditangguhkan.

Walt Disney enggan adegan kontroversi dipotong

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *