noz23.transformed.jpg

Wan-Ho tumbangkan Lin Dan di Terbuka Jepun

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TOKYO: Pemain nombor satu dunia, Son Wan-Ho menyingkirkan juara Olimpik tiga kali, Lin Dan dari China di pentas suku akhir, kejohanan badminton Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Juara dunia wanita yang baru dinobatkan, Nozomi Okuhara juga melangkah ke pusingan separuh akhir yang dijadualkan esok.

Son – dari Korea Selatan mengenepikan cabaran legenda China dalam pertarungan hebat dengan keputusan 21-15, 21-15, dan Akan berdepan juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark di peringkat kelompok empat terbaik.

Axelsen, yang menumpaskan Lin Dan untuk merangkul gelaran juara dunia di Glasgow bulan lalu, mengenepikan cabaran pemain India, Kidambi Srikanth 21-17, 21-17 di saingan suku akhir.

Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei turut mara ke separuh akhir selepas mengenepikan pemain pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien-chen dalam pertarungan tiga set, 21-11, 15-21, 21-19.

Chong Wei, yang memenangi Terbuka Jepun sebanyak enam kali akan berdepan Shi Yuqi selepas pemain China ini menewaskan pemain pilihan kedua, HS Prannoy dari India, 21-15, 21-14.

Dalam aksi perseorangan wanita, Okuhara menceriakan penyokong tuan rumah selepas menang ke atas Beiwen Zhang dari Amerika Syarikat dengan keputusan 21-16, 23-21.

JUARA dunia wanita, Nozomi Okuhara pada aksi suku akhir menentang Beiwen Zhang dari Amerika Syarikat. Okuhara mara ke separuh akhir esok. – Foto AFP

Okuhara kini berpeluang cerah menjulang trofi di laman sendiri selepas kali terakhir melakukannya pada 2015.

Semalam, dia menumbangkan Pusarla V Sindhu – mengulangi kejayaan menumpaskan pemain India ini ketika menjulang kejuaraan dunia, sebelum ini.

Bagaimanapun, penyokong tuan rumah agak kecewa selepas seorang lagi wakil Jepun yang juga pilihan kedua serta bekas juara 2013, Akane Yamaguchi, tumbang kepada wakil Sepanyol, Carolina Marin. – AFP

Wan-Ho tumbangkan Lin Dan di Terbuka Jepun

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *