IMG-20171223-WA0003.jpg.transformed.jpg

Wanderers kutip dana bantu bekas pemain

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan Wanderers berharap dapat mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan pintasan jantung bekas pemain dan kakitangan kelab, Hamidon Yunus.

Bintang Wanderers, Mohd Mazuri Sallehudin berkata, baru-baru ini Hamidon mengalami kesukaran untuk bernafas dan selepas pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dia didapati mengalami masalah jantung dan perlu dibedah.

“Hamidon memerlukan RM12,000 untuk pembedahan dan kos-kos berkaitan. Dia bekerja sebagai tukang kasut di kaki lima dan kini mengalami kekangan kewangan kerana Tak dapat bekerja akibat masalah kesihatan,” kata Mazuri yang kini memegang jawatan sebagai pengurus besar Kesatuan Ragbi Malaysia.

“Dia hanya mempunyai seorang adik beradik yang tinggal, simpanannya juga sudah habis dan Tak mempunyai insurans. Saya harap kita semua, sebagai keluarga ragbi, atau peminat sukan secara amnya dapat memainkan peranan kita untuk membantunya dengan memberi sumbangan. Ia amat membantu buat Hamidon.”

HAMIDON Yunus mengalami kesukaran untuk bernafas dan selepas pemeriksaan ia didapati mengalami masalah jantung dan perlu dibedah.

Menurut Mazuri, Hamidon, 54, Adalah tonggak utama kelab sejak pertengahan 90-an dan watak yang cukup popular dalam kancah ragbi Malaysia.

“Seingat saya, Hamidon juga memainkan peranan sebagai pegawai perubatan dan fisio kami, dia sentiasa bersiap sedia di tepi padang pada setiap perlawanan sehingga dia bersara kerana faktor usia dua tahun lalu.

“Semua orang Senang dan menghormatinya ketika dia bersama pasukan kerana walaupun pendapatannya sebagai tukang kasut Tak banyak mana, dia sanggup berkorban untuk kelab secara sukarela kerana cintanya kepada sukan ini.

“Dia Tak pernah mengharapkan imbuhan dan Tak pernah menyusahkan sesiapa,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mazuri di talian 012-2976924 atau pegawai Wanderers Shahizam Tukiran di talian 013-2885533.

Wanderers kutip dana bantu bekas pemain

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *