image281529.jpg

Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

 Jenazah seorang wanita yang ditemui dalam keadaan ngeri di daerah Goochland, Virginia didakwa dibunuh dua ekor anjing peliharaannya.

BBC melaporkan polis menemui Jenazah Bethany Stephens, 22 yang dikawal dua anjing tersebut Jumaat lalu.

Keadaan Jenazah mangsa ‘terlalu ngeri’ bersama-sama cebisan baju mangsa yang bertaburan di sekeliling Jenazah, kata polis.

“Saya nampak dan empat lagi anggota polis nampak anjing-anjing berkenaan mengunyah di bahagian tulang rusuk Jenazah,” jelas Sheriff, Jim Agnew.

Polis berkata sedemikian dalam satu sidang media yang diadakan untuk menerangkan bagaimana mangsa maut.

“Kecederaan trauma terawal Adalah di bahagian tekak dan muka mangsa.

“Nampaknya mangsa dijatuhkan, pengsan dan anjing-anjingnya mula menyiat mangsa,” kata Agnew.

Tambah Agnew, beliau pada mulanya Tak mahu mendedahkan hasil siasatan tersebut, terutamanya tanpa keizinan keluarga mangsa.

Pendedahan dibuat selepas timbul khabar Bayu berkenaan kematian mangsa dan polis Tak mahu penduduk setempat risau mengenai pembunuh yang sedang bebas.

Sementara itu, kedua-dua ekor anjing jenis pit bull peliharaan mangsa telah dimatikan dengan izin keluarga mangsa.

Orang ramai pula mempersoalkan bagaimana anjing-anjing berkenaan tergamak menyerang Stephens yang membesarkan mereka sejak kecil.

Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *