11tua.transformed.jpg

Wanita India 70 tahun lahir anak pertama

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Daljinder Kaur (kanan) bersama suami dan anak yang dilahirkannya pada usia 70 tahun.

NEW DELHI: Seorang wanita India yang melahirkan anak pertama pada usia 70 tahun berkata dia Tak terlalu tua untuk menjadi ibu buat pertama kali, katanya sambil menambah hidupnya kini lengkap.

Daljinder Kaur melahirkan seorang bayi lelaki bulan lalu selepas menjalani rawatan pembenihan in-vitro (IVF) selama dua tahun di sebuah klinik kesuburan di utara negeri Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun.

Pasangan yang berkahwin sejak 46 tahun lalu itu hampir putus harapan untuk mendapatkan zuriat dan sering dipandang serong di negara yang memandang ketidaksuburan sebagai laknat Tuhan.

“Tuhan mendengar doa kami. Hidup kami kini lebih lengkap. Saya sendiri yang menjaga bayi ini dan saya rasa sangat bertenaga. Suami saya juga sangat mengambil berat dan sering membantu,” kata Kaur kepada AFP dari utara bandar Amritsar.

Suami Kaur, Mohinder Singh Gill, yang memiliki ladang di luar Amritsar, berkata beliau bimbang dengan umurnya, namun yakin Tuhan akan melindungi anaknya yang dinamakan Armaan.

Anurag Bishnoi, yang mengendalikan klinik kesuburan, berkata beliau pada mulanya ragu-ragu untuk meneruskan rawatan itu, tetapi ujian menunjukkan Kaur mampu membawa bayi dalam kandungan.

Ini bukan kes pertama di India, pada 2008 seorang wanita berusia 72 tahun yang berasal dari negeri Uttar Pradesh dilaporkan melahirkan kembar juga melalui IVF. – AGENSI

Wanita India 70 tahun lahir anak pertama

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *