17kimon.transformed.jpg

Wanita patut jadi Setiausaha Agung PBB – Ban Ki-moon

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BAN Ki-moon. – Foto AP

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata secara peribadi beliau mahu memandang wanita mengetuai badan dunia itu buat kali pertama sejak ditubuhkan lebih 70 tahun lalu.

Ketika menghampiri penggal keduanya yang berakhir pada 31 Disember ini, Ban berkata “kini sudah tiba masanya” bagi setiausaha agung wanita selepas lapan lelaki mengetuai puncak pertubuhan dunia itu.

Buat masa ini, 11 calon bertanding untuk menggantikan Ban, lima daripada mereka Adalah wanita.

Namun beliau menegaskan keputusan bukan di tangannya, sebaliknya bergantung kepada 15 negara anggota Majlis Keselamatan yang perlu mencadangkan calon kepada Perhimpunan Agung untuk kelulusan.

Ban ditanya mengenai kemungkinan wanita sebagai Setiausaha Agung PBB ketika lawatan ke California minggu lalu.

Ban menegaskan wanita merangkumi separuh penduduk dunia dan perlu diperkasakan dan diberi peluang sama rata.

“Kita ada ramai pemimpin wanita terkenal dan terkemuka dalam kerajaan dan pertubuhan lain, malah komuniti perniagaan, politik, budaya dan semua aspek kehidupan.

“Tiada sebab mengapa mereka tiada dalam PBB,” katanya.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata, “ramai pemimpin terkemuka wanita yang boleh mengubah dunia, yang boleh Berteman aktif dengan pemimpin dunia lain.” – AP

Wanita patut jadi Setiausaha Agung PBB – Ban Ki-moon

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *