hilanmetn.transformed.jpg

Wanita rayu kesan ibu saudara hilang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ZALEKA Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Ketika umat Islam menyambut Ramadan penuh berkat, seorang wanita buntu selepas ibu saudaranya yang mengalami masalah mental dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

Zaleka Abu Bakar, 89, kali terakhir dilihat pada 7 Jun tahun lalu selepas dipercayai keluar dari rumah anak saudaranya di Seri Kembangan, Selangor.

Sarah Hassan, 69, berkata Zaleka yang juga adik kepada ibunya, menetap bersama keluarganya sejak 30 tahun lalu kerana masalah kesihatan yang dihadapi.

“Saya cuba mencarinya kira-kira jam 5 petang hari kejadian tetapi Tak ditemui.

“Sebelum ini dia pernah beberapa kali hilang dari rumah kerana keluar merayau, namun kami menemuinya semula dalam tempoh sehari atau dua hari selepas dihubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sarah berkata, kali terakhir ibu saudaranya dilihat memakai baju kurung berwarna hijau dan wanita itu bertubuh kecil serta berkulit gelap.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau saya di talian 017-2508640,” katanya.

Wanita rayu kesan ibu saudara hilang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *