18feb-rentung.jpg.transformed.jpg

Wanita terperangkap ditemui rentung

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANGGOTA bomba membawa Jenazah yang ditemui rentung dalam kebakaran dua rumah di Taman Nuri, pagi tadi. – Foto Ihsan Pembaca

ALOR SETAR: Seorang wanita maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Taman Nuri, dekat Jalan Datuk Kumbar, di sini, awal pagi tadi.

Faziah Osman, 53, ditemui rentung dalam bilik di tingkat atas rumahnya yang terbakar dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, berkata pihaknya yang menerima panggilan jam 4.02 pagi bergegas ke lokasi, sebelum operasi pemadaman dilakukan.

“Sebaik Barah dipadamkan, satu Jenazah ditemui rentung di tingkat atas di satu daripada dua rumah yang terbabit kebakaran.

“Jenazah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Wanita terperangkap ditemui rentung

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *