zahra.transformed.jpg

Watak bertudung beri rezeki Azzahra

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AZZAHRA Ahmad.

KUALA LUMPUR: Pendekatan penerbit yang mengikut ‘trend’ mewujudkan lebih banyak watak bertudung membolehkan bakat baharu, Azzahra Ahmad, sama-sama menonjolkan bakat beliau.

Azzahra berkata, sepanjang setahun bergelar pelakon, beliau masih berusaha menghadiri pelbagai uji bakat untuk dikenali di kalangan penerbit.

“Saya akan sertai apa-apa sahaja uji bakat yang ada. Alhamdulillah, saya diberi juga peluang untuk berlakon, walaupun watak kecil. Paling penting penerbit menyedari bakat saya.

“Apatah lagi watak bertudung menjadi ‘trend’, jadi saya mengambil setiap peluang yang ada, sekali gus dapat mengasah bakat saya juga.

“Kalau dulu, susah juga nak dapat watak. Walaupun penerbit atau produksi menyukai bakat saya, namun disebabkan imej bertudung, mereka terpaksa ambil pelakon lain,” katanya kepada BH Online.

Azzahra baru saja tampil menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz dan Tak lama lagi, beliau akan muncul pula dengan drama Cinta Selawat.

Berlakon di sisi Keith Foo, ia peluang pertama buat Azzahra memegang watak utama. Drama berkenaan diterbitkan oleh Zeel Productions.

Sementara itu, Azzahra berkata, perjalanannya masih jauh dalam usaha mengukir nama sebagai pelakon yang baik. Perkara itu membuatkan beliau Tak henti-henti mengasah bakat, selain mendapatkan tunjuk ajar daripada pelakon lebih berpengalaman di lokasi.

“Bukan bahagia nak jadi yang terbaik. Sudah alang-alang minat dalam seni lakonan, semestinya saya akan buat yang terbaik.

“Yang penting, jaga diri, usaha dan yakin pada rezeki yang diterima,” katanya.

Watak bertudung beri rezeki Azzahra

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *