35e89f6cbe8358989bb4c83166216434.jpg

Wee senyum lebar ketika ditanya siapa calon BN

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PRK TG PIAI | Meskipun hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai makin hampir, satu soalan yang masih belum terjawab ialah sama ada BN akan meletakkan calon MCA atau Umno untuk bertanding di kerusi itu.

Bagaimanapun, wajah riang ditunjukkan Presiden MCA, Wee Ka Siong di parlimen selepas membincangkan mengenai calon berkenaan hari ini membayangkan keputusan memihak MCA.

Ditanya sama ada MCA gembira dengan calon berkenaan, Wee berkata: “Sudah tentu, kita dah buat keputusan. Tunggu pengumuman esok.”

“Kamu nampak muka saya?” Katanya sambil tersenyum lebar kepada pemberita di bangunan parlimen.

Katanya, beliau baru sahaja bermesyuarat mengenai PRK itu bersama-sama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Manakala Presiden MIC, S Vigneswaran menyertai mesyuarat berkenaan melalui telepersidangan.

Calon BN akan diumumkan di Bilik Gerakan BN di Tanjung Piai malam esok.

Bagaimanapun, Wee enggan mendedahkan siapa calon berkenaan atau sama ada calon itu berasal dari Tanjung Piai.

“Tunggu Sampai esok. Kalau saya beritahu kamu sekarang, tak ada kejutanlah.

“Kamu akan tahu esok (Sama ada calon berkenaan Adalah calon tempatan). Saya rasa tak susah nak teka,” katanya.

Sebelum ini, sumber BN memberitahu Malaysiakini bahawa ketua bahagian Umno Tanjung Piai, Jefridin Atan mungkin diletakkan sebagai calon tetapi menerima bantahan kuat dari MCA yang berhasrat mengekalkan kerusi itu.

MCA sedang melobi agar bekas Anggota Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng mewakili BN di kerusi berkenaan.

Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan masing-masing telah mengumumkan calon mereka menjelang hari penamaan calon pada November 2 ini. Manakala hari mengundi ditetapkan pada 16 Nov.

PH meletakkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, manakala Gerakan mempertaruhkan Timbalan Setiausaha Agungnya, Wendy Subramaniam.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Bersatu, Md Farid Md Rafik, 42 akibat serangan jantung bulan lalu.

Farid mengalahkan penyandang, Jeck Seng yang mewakili kawasan itu selama dua penggal dengan majoriti hanya 524 undi.

Wee senyum lebar ketika ditanya siapa calon BN

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail