12Andy_Murray.transformed.jpg

Wimbledon: Murray mudah ke suku akhir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Andy Murray

LONDON: Juara bertahan, Andy Murray mudah melangkah ke suku akhir tenis Kejohanan Wimbledon buat tahun ke-10 berturut-turut, selepas menang 7-6 (1) 6-4 6-4 ke atas Benoit Paire, sebentar tadi.

Murray Tak berada pada tahap terbaik ketika berdepan Paire, Bila terpaksa bergelut dengan pukulan servis kurang baik yang kerap dibalas pemain ranking ke-46 itu.

Dia memerangkap Murray dua kali berturut-turut pada set pertama, sebelum tiebreak yang dimenangi pilihan utama kejohanan berkenaan.

Murray yang tampil pada kejohanan ini dengan kecederaan pinggul, kelihatan kurang selesa dan gagal mengawal keseluruhan gelanggang seperti lazimnya.

Namun, dia bermain lebih bijak berbanding Paire pada dua set berikut untuk meraih kemenangan ke-26 berturut-turut ke atas lawan dari Perancis itu dalam tempoh dua jam 21 minit. – REUTERS

Wimbledon: Murray mudah ke suku akhir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *