SARING25_BHfield_image_listing_featured.var_1585129788.jpg

Wira tak didendang kekal komited walaupun terdedah risiko

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Kuala Lumpur: Dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pegawai dan anggota polis bukan hanya melakukan sekatan jalan raya dan pemantauan COVID-19, malah mereka juga terdedah kepada risiko Bila turut bertugas di pusat saringan setempat di seluruh negara.

Dalam tinjauan BH di Pusat Kesihatan Daerah, Tang Lin, di sini, pagi tadi, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, diketuai Asisten Superintendan (ASP), Mohamad Hafiza Mohamad Razali, melakukan tugasan memantau individu yang menghadiri Ijtimak Tabligh, di Masjid Seri Petaling, pada akhir bulan lalu.

Anggota polis membantu merekodkan identiti setiap individu yang hadir untuk pemeriksaan saringan kesihatan COVID-19 yang dibuat secara pandu lalu. - Foto NSTP/Safeek Affendy Razali
Anggota polis membantu merekodkan identiti setiap individu yang hadir untuk pemeriksaan saringan kesihatan COVID-19 yang dibuat secara pandu lalu. – Foto NSTP/Safeek Affendy Razali

Kehadiran ASP Mohamad Hafiza, bersama seorang pegawai dan sepuluh anggotanya Adalah untuk memantau serta merekodkan identiti setiap individu yang hadir untuk tujuan pemeriksaan saringan kesihatan COVID-19 yang dibuat secara pandu lalu.

Sejak dari jam 10 pagi, pasukan ini mengatur barisan dan pergerakan kenderaan dinaiki jemaah tabligh yang datang dari sekitar Lembah Kelang, untuk tujuan saringan sebelum memasuki Pusat Kesihatan berkenaan.

Secara realitinya, setiap pegawai dan anggota pasukan ini sedar dengan tugasan berbahaya yang dilakukan mereka kerana perlu berhadapan serta mendekati individu serta jemaah ijtimak tabligh yang sebahagian besar dari mereka direkodkan positif COVID-19, namun mereka teruskan bagi memastikan wabak itu dapat dihapuskan sepenuhnya.

Anggota polis membantu merekodkan identiti setiap individu yang hadir untuk pemeriksaan saringan kesihatan COVID-19 yang dibuat secara pandu lalu. - Foto NSTP/Safeek Affendy Razali
Anggota polis membantu merekodkan identiti setiap individu yang hadir untuk pemeriksaan saringan kesihatan COVID-19 yang dibuat secara pandu lalu. – Foto NSTP/Safeek Affendy Razali

Kepenatan menjalankan tugas, sedikit berbaloi Bila pasukan ini didatangi secara mengejut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Abdul Hamid berkata berdasarkan pemerhatiannya, setiap anak buahnya senantiasa menunjukkan semangat dan dedikasi yang tinggi dalam melaksanakan arahan pegawai atasan berdasarkan PKP.

“Dari riak air muka mereka tadi, Tak ada sebarang tanda keletihan malah lebih bersemangat untuk melaksanakan perintah yang diberikan apatah lagi pada hari yang istimewa hari ini sempena Ulangtahun Hari Polis ke-213.

“Meskipun mereka menjalankan tugas-tugas yang lebih berbahaya iaitu mengawal pusat saringan kesihatan COVID-19 ini, namun nampaknya segalanya berjalan lancar dengan kehadiran anak buah saya serta dibantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Wira tak didendang kekal komited walaupun terdedah risiko

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail