khairyhhe.transformed.jpg

Wujud badan pantau syarikat patuh syariah – Khairy

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berucap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Halal Dunia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Badan khas perlu diwujudkan bagi memantau syarikat atau perniagaan yang mendakwa patuh syariah bagi mengelak ia disalah guna Sampai menjejaskan istilah patuh syariah.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata industri yang ingin menawarkan produk patuh syariah perlu dipantau supaya pengguna memahami pengisiannya.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan perlu mudah dan cepat serta Tak dibebani birokrasi dalam memberi pengiktirafan atau pensijilan patuh syariah kepada syarikat terbabit.

“Setakat ini, tiada definisi yang diterima syarikat penerbangan untuk patuh syariah. Ia bukan hanya hanya membabitkan soal makanan disaji tetapi juga pelaburan yang dibuat, sumber dana dan modal syarikat memulakan perniagaan.

“Kita perlu lihat apakah ia menerusi produk kewangan Islamik atau sebaliknya. Semua ini mesti disahkan, kalau Tak ia boleh menimbulkan keraguan dan menjejaskan nama patuh syariah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Halal Dunia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Khairy berkata, perkara itu Tak wajar menjadi penghalang bagi usahawan memulakan perniagaan patuh syariah.

“Ia harus mudah, telus dan boleh diakses peniaga,” katanya.

Wujud badan pantau syarikat patuh syariah – Khairy

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *