3b0e66759a900a23dd0bb91afc5eb53e.jpeg

Yadim nafi sebut tulisan Jawi satu bentuk Islamisasi

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menafikan dakwaan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong yang memetik yang dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai berkata langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil Adalah sebagai satu bentuk “Islamisasi”.

Sebaliknya, Yadim menegaskan kenyataan yang dipetik itu Adalah untuk meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap Jawi dan Bahasa Arab serta memudahkan mereka untuk mempelajari al-Quran.

“Perenggan berkenaan membawa maksud dengan memahami tulisan Jawi, ia akan memudahkan generasi muda Islam hari ini untuk mempelajari Al-Quran serta memahaminya seterusnya beramal dengannya.

“Kenyataan media itu juga dengan jelas menyatakan bahawa usaha kerajaan itu Adalah untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi yang Adalah sebahagian daripada Bahasa Melayu serta menggalakkan kefahaman silang budaya sebagaimana dihasratkan dalam membentuk sebuah masyarakat yang rahmah,” kata Yadim dalam satu kenyataan.

Dong Zong dalam kenyataan medianya pada 13 Ogos lalu mempertahankan pengenalan tulisan Jawi Adalah satu bentuk “Islamisasi” dengan memetik kenyataan Nik Omar yang berkata keputusan kerajaan bertujuan “meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap tulisan Jawi dan Bahasa Arab, serta memudahkan mereka untuk mempelajari al-Quran serta memahaminya seterusnya beramal dengannya”.


Nik Omar Nik Abdul Aziz

Menurut Yadim, kenyataan media tersebut seharusnya dibaca secara keseluruhannya.

“Tindakan Dong Zong yang hanya merujuk kepada perenggan keenam kenyataan media tersebut tanpa merujuk kepada keseluruhan artikel, Adalah satu tindakan yang Tak bertanggungjawab dan terdesak.

“Yadim konsisten bahawa tulisan jawi dan seni khat Adalah Adalah warisan budaya yang telah membentuk fabrik peradaban ketamadunan kita. Ini juga dilihat selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa tulisan Jawi Adalah suatu bentuk seni,’ katanya.

Menurut Yadim, kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik juga jelas menyatakan ia bukan suatu paksaan, sebaliknya hanya usaha bagi meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu perlu diraikan dan Tak menjadi kebimbangan oleh mana-mana pihak.

“Bahkan pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dr Mujahid Yusuf yang mahu setiap agensi di bawah beliau untuk memperkasakan tulisan Jawi juga sewajarnya disokong,” katanya.

Tambah Yadim, dalam berhadapan dengan isu ini, pihaknya mengambil pendekatan rahmah dan terbuka untuk bersama-sama dengan mana-mana pertubuhan atau pihak untuk berdialog mengenai perkara ini dalam mencari jalan penyelesaian, berbanding mencari polemik.

“Dalam era Malaysia baharu, perbezaan pendapat sememangnya sentiasa diraikan, namun ia hendaklah dilaksanakan dalam kerangka rahmah yang menyantuni semua,” tambahanya.

Yadim nafi sebut tulisan Jawi satu bentuk Islamisasi

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail